APLIKASI MUDAH ALIH myAHB

Nikmati akses mudah ke akaun AHB anda pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan Aplikasi Mudah Alih myAHB, khas untuk pelanggan Maybank. Hanya gunakan telefon bimbit atau tablet, kini anda boleh menyemak portfolio pelaburan AHB anda, menambah/menebus pelaburan anda dan pelbagai urus niaga lagi dengan mudah.

Semak baki, sejarah, portfolio dan rekod transaksi akaun AHB anda.
Tambah dan tebus pelaburan dengan mudah secara online.
Muat turun penyata akaun semasa dan lampau.
Lakukan urus niaga yang selamat dengan kebenaran melalui TAC ke nombor telefon bimbit berdaftar anda.
Muat turun Aplikasi Mudah Alih myAHB sekarang

SOALAN LAZIM

Cara Bermula

1.
Bagaimana cara untuk mendaftar dan menggunakan Aplikasi Mudah Alih myAHB?

Sebelum mendaftar dan menggunakan Aplikasi Mudah Alih myAHB, sila pastikan butiran peribadi anda telah dikemas kini dalam pengkalan data Maybank, contohnya nombor telefon bimbit anda, alamat e-mel, dsb.

Anda perlu menjadi pengguna sedia ada Perbankan Internet Maybank (M2U) dengan akaun Dana Amanah Hartanah Bumiputera yang dibuka dan dikekalkan dengan Maybank.

2.
Bagaimanakah proses pendaftaran dilakukan?

Untuk mendaftar bagi Aplikasi Mudah Alih myAHB, hanya ikut langkah mudah ini:

  1. Muat turun Aplikasi Mudah Alih myAHB
  2. Lancarkan Aplikasi Mudah Alih myAHB dan klik ‘Daftar’ pada laman log masuk.
  3. Lengkapkan yang berikut:
    1. Nombor KP (KP Malaysia, KP Polis atau KP Askar)
    2. Kata Laluan Sekali Sahaja (“OTP”) akan dihantar ke nombor telefon bimbit berdaftar anda
    3. Masukkan OTP
    4. Sahkan butiran peribadi anda (anda boleh mengemas kini alamat e-mel sahaja)
    5. Apabila disahkan, anda akan diminta untuk mencipta profil anda
    6. Pilih Imej Selamat dan Frasa Selamat anda dan seterusnya bersetuju dengan Terma dan Syarat
    7. Siap! Profil anda telah dicipta
    8. Anda boleh log masuk menggunakan Nama Pengguna dan Kata Laluan anda
3.
Mengapa saya tidak menerima OTP walaupun saya telah mendaftarkan nombor telefon bimbit saya dalam Aplikasi Mudah Alih myAHB?

Nombor telefon bimbit berdaftar anda mungkin tidak sama seperti dalam pengkalan data Maybank. Sila kemas kini nombor telefon bimbit anda di mana-mana cawangan Maybank.

4.
Bagaimanakah saya boleh menukar nombor telefon bimbit dan alamat e-mel saya?

Anda perlu hadir ke mana-mana cawangan Maybank untuk mengemas kini butiran peribadi di dalam akaun pelaburan anda.

5.
Apakah syarat untuk ID Pengguna / Kata Laluan / Soalan Keselamatan?

Anda boleh merujuk kepada tip yang ditunjukkan untuk setiap ruang dalam Aplikasi Mudah Alih myAHB.

6.
Apakah yang perlu saya lakukan jika maklumat peribadi pra-lengkap dalam Aplikasi Mudah Alih myAHB adalah tidak tepat?

Sila hubungi Pasukan Khidmat Pelanggan Maybank Asset Management di talian +6032297 7888 atau e-mel mamcs@maybank.com.my. Mereka akan memberi panduan mengenai apa yang perlu dilakukan.

(Nota: Anda juga boleh hadir ke cawangan Maybank untuk mengemas kini sebarang maklumat peribadi pra-lengkap yang tidak tepat.)

7.
Apakah ciri-ciri Aplikasi Mudah Alih myAHB?

Aplikasi Mudah Alih myAHB membolehkan anda untuk:

  1. Menyemak akaun AHB dan sejarah transaksi sahaja.
  2. Tambah dan tebus pelaburan
  3. Semak dan muat turun penyata
  4. Terima makluman/berita AHB
8.
Seberapa terkinikah maklumat akaun yang saya lihat dalam Aplikasi Mudah Alih myAHB?

Maklumat yang dipaparkan dalam Aplikasi Mudah Alih myAHB adalah masa sebenar. Bagaimanapun, jika anda membiarkan Aplikasi Mudah Alih myAHB anda terbuka untuk tempoh yang panjang, pastikan anda memuat-semula halaman untuk mengemas kini maklumat.

9.
Bagaimana cara untuk saya memuat turun Aplikasi Mudah Alih myAHB pada peranti saya?

Muat turun Aplikasi Mudah Alih myAHB melalui Apple App Store atau Google Play.

Muat turun untuk Pengguna iPhone, iPod touch dan iPad
Muat turun untuk Pengguna Android
10.
Saya memiliki akan peribadi dan akaun bersama Akaun Remaja dengan anak-anak saya. Adakah saya boleh melihat semua akaun saya dalam Aplikasi Mudah Alih myAHB?

Ya, semua akaun akan dipautkan secara automatik asalkan anda telah mendaftarkan semua akaun anda dan ia dibuka di Maybank.

11.
Adakah saya perlu membeli atau membayar untuk menggunakan Aplikasi Mudah Alih myAHB?

Tidak, Aplikasi Mudah Alih myAHB boleh dimuat turun, dipasang dan digunakan secara percuma.

12.
Adakah Aplikasi Mudah Alih myAHB selamat?

Ya. Semua maklumat penting dienkripsi untuk setiap transaksi yang dilakukan melalui Aplikasi Mudah Alih myAHB dan tiada maklumat peribadi disimpan dalam peranti mudah alih anda. Bagaimanapun, peranti mudah alih menawarkan kemampuan untuk menyimpan maklumat log masuk bagi aplikasi yang dipasang pada peranti tersebut. Jika anda memilih untuk menyimpan maklumat log masuk anda, sesiapa sahaja yang mempunyai akses kepada peranti mudah alih anda boleh mengakses akaun anda.

Ciri-ciri

1. Papan Pemuka

Anda boleh melihat portfolio anda termasuk akaun bersama pada laman penambat apabila anda berjaya log masuk ke Aplikasi Mudah Alih myAHB.

2. Tetapan
Gambar Profil
Anda boleh mengemas kini gambar profil anda.
Tetapan-semula Kata Laluan
Anda boleh menukar kata laluan pada bila-bila masa.
Imej Keselamatan
Imej Keselamatan adalah proses keselamatan untuk mengesahkan ID Pengguna yang dimasukkan. Anda boleh terus memasukkan kata laluan anda jika Imej Keselamatan yang dipaparkan adalah betul. Anda boleh menukar Imej Keselamatan anda di bawah tetapan Aplikasi Mudah Alih myAHB.
Frasa Keselamatan
Frasa Keselamatan adalah proses keselamatan untuk mengesahkan ID Pengguna yang dimasukkan. Anda boleh terus memasukkan kata laluan anda jika Frasa Keselamatan yang dipaparkan adalah betul. Anda boleh menukar Frasa Keselamatan anda di bawah tetapan aplikasi mudah alih.
Membenarkan Cap Jari
Anda boleh membenarkan/melumpuhkan ciri cap jari.
Peranti Berdaftar
Anda boleh menyemak/memantau peranti yang mempunyai akses kepada Aplikasi Mudah Alih myAHB yang menggunakan profil pengguna yang sama. Setiap pengguna boleh mendaftarkan sehingga 3 peranti pada satu-satu masa dan hanya satu log masuk dibenarkan pada bila-bila masa.
Bahasa (Akan Datang)
Aplikasi Mudah Alih myAHB akan disediakan dalam versi Bahasa Melayu pada masa akan datang.
Hubungi Kami
Untuk maklumat lanjut, hubungi pasukan Khidmat Pelanggan Maybank Asset Management.
3. Semak Sejarah Transaksi
Adakah saya boleh melihat semua sejarah transaksi akaun AHB saya?
Ya. Asalkan semua akaun AHB tersebut dibuka dengan Maybank dan dipautkan.
Berapa lamakah rekod sejarah transaksi akan disimpan?
Anda boleh melihat sejarah transaksi sehingga tempoh 2 tahun.
Bagaimana saya boleh menyemak sejarah transaksi saya yang melebihi tempoh 2 tahun?
Kunjungi mana-mana cawangan Maybank untuk meminta rekod sejarah transaksi yang melebih tempoh 2 tahun.
4. Muat Turun Penyata
Adakah saya boleh melihat penyata terkini saya?
Ya, anda boleh melihat sehingga 2 penyata terkini.
Adakah Aplikasi Mudah Alih myAHB akan memaklumkan saya apabila penyata baharu telah sedia untuk disemak/dimuat turun?
Anda perlu log masuk ke Aplikasi Mudah Alih myAHB dan klik pada butang penyata (dalam fungsi “Sejarah”) untuk menyemak penyata terkini yag telah tersedia.
Apakah format fail penyata?
Penyata hanya disediakan dalam format fail PDF.
Di manakah saya boleh mencari penyata yang dimuat turun?
Untuk Apple: Anda boleh melihat fail di bawah Files folder > On My iPhone > myAHB folder Untuk Android: Anda boleh melihat fail di bawah My Files folder > Downloads/Documents folder
5. Penebusan
Berapakah had kekerapan penebusan?
Sebagaimana dinyatakan dalam prospektus AHB, anda dibenarkan untuk melakukan penebusan sekali setiap bulan kalendar.
Berapakah amaun penebusan minimum dan maksimum?
Dengan Aplikasi Mudah Alih myAHB, amaun penebusan minimum adalah RM100 dan amaun penebusan maksium adalah RM5,000.
Bagaimanakah jika saya ingin mengeluarkan lebih daripada had maksimum?
Anda boleh berkunjung ke mana-mana cawangan Maybank untuk melakukan penebusan yang lebih tinggi daripada RM5,000. Bagaimanapun, anda dibenarkan untuk melakukan penebusan hanya sekali setiap bulan kalendar.
Berapa lamakah hasil penebusan akan dikreditkan ke dalam akaun saya?
Apabila transaksi penebusan berjaya, hasil akan dikreditkan ke dalam akaun anda pada penghujung hari perniagaan berikutnya.
Adakah saya akan menerima sebarang makluman mengenai pengkreditan hasil yang berjaya dilakukan ke dalam akaun saya?
Tidak, Aplikasi Mudah Alih myAHB tidak akan menghantar sebarang makluman kepada anda. Notis hanya akan dihantar kepada 'Inbox' [Peti Masuk] anda dalam Aplikasi Mudah Alih myAHB untuk memaklumkan bahawa anda telah berjaya menyerahkan permohonan penebusan. Sila semak akaun anda pada penghujung hari perniagaan berikutnya untuk memastikan amaun penebusan telah dikreditkan.
Bolehkah saya membatalkan transaksi penebusan saya?
Apabila transaksi penebusan anda telah berjaya diserahkan, anda tidak boleh membatalkan permohonan tersebut.
6. Penambahan (Pelaburan Tambahan)
Berapakah amaun penambahan minimum dan maksimum?
Amaun penambahan minimum adalah RM50 dan amaun penambahan maksimum adalah tertakluk kepada had individu sebanyak RM500,000. Nota: Had individu sebanyak RM500,000 hanya boleh dikecualikan untuk pelaburan-semula agihan pendapatan. Rujukan dibuat kepada takrifan Prospektus di bawah: Pelaburan maksimum: Bilangan maksimum Unit yang boleh dipegang oleh Pemegang Unit tidak termasuk Unit-unit yang mungkin dipegang (i) sebagai penjaga untuk Akaun Remaja pada bila-bila masa dalam Dana atau (ii) disebabkan oleh sebarang agihan dalam bentuk Unit-unit sebagaimana yang mungkin diisytiharkan dari semasa ke semasa.
Adakah terdapat had kekerapan untuk penambahan?
Tidak ada had dikenakan dan anda boleh melakukan penambahan seberapa kerap yang anda mahu. Bagaimanapun, ia adalah tertakluk kepada had individu maksimum sebanyak RM500,000 dan ketersediaan unit-unit untuk dijual.
Bagaimanakah jika saya ingin membuat penambahan melebihi amaun maksimum yang dibenarkan?
Sebagaimana dinyatakan dalam Prospektus AHB, had individu maksium adalah RM500,000 atau amaun pelaburan maksimum (yang mana berkenaan).
Adakah saya akan menerima sebarang makluman mengenai transaksi penambahan yang berjaya dilakukan?
Tidak, Aplikasi Mudah Alih myAHB tidak akan menghantar sebarang makluman kepada anda. Notis hanya akan dihantar kepada ‘Inbox’[Peti Masuk] anda dalam Aplikasi Mudah Alih myAHB untuk memaklumkan bahawa anda telah berjaya menyerahkan permohonan penambahan. Sila semak baki unit anda pada penghujung hari perniagaan berikutnya untuk memastikan unit-unit telah dikemaskinikan dalam akaun anda.
Bolehkah saya membatalkan transaksi penambahan saya?
Apabila transaksi penambahan anda telah berjaya diserahkan, anda tidak boleh membatalkan permohonan tersebut.
7. Inbox [Peti Masuk]
Apakah kegunaan Inbox [Peti Masuk]?
Untuk menghantar mesej contohnya pengumuman, agihan pendapatan, dsb. serta sebagai makluman mengenai permohonan transaksi yang berjaya diserahkan.
Bolehkah saya mengarang mesej melalui Inbox [Peti Masuk]?
Tidak, ia tidak mempunyai fungsi mengarang mesej kerana ia hanya bertujuan untuk penghantaran makluman sahaja.
Berapa lamakah mesej akan disimpan dalam Inbox [Peti Masuk]?
Mesej akan tersimpan selagi anda tidak memadam atau menukar peranti anda.
Bolehkah saya memadam mesej?
Ya, terdapat fungsi untuk memadam.
Bolehkah saya arkibkan mesej?
Tidak, tiada fungsi arkib disediakan.